5 SEBAB TUDUNG BAWAL MASIH LAGI JADI PILIHAN WANITA MALAYSIA
5 SEBAB TUDUNG BAWAL MASIH LAGI JADI PILIHAN WANITA MALAYSIA
Jadi sehingga kini tudung bawal yakni tudung yang pernah menjadi pilihan nombor satu wanita Malaysia. Setuju tak? Ramai yang cakap tudung bawal kini sudah lapuk, tidak ikut trend dan ketinggalan zaman.
Kami sediakan 5 sebab kenapa tudung bawal masih lagi relevan untuk dipakai…
#1 SELESA

Nak menguyah laju-laju, nak buka mulut luas masa makan tak jadi masalah. Paling best bila bersukan pakai tudung bawal memang langsung tidak rasa terganggu. Fabrik tudung bawal pun banyak variasinya, jadi anda boleh pilih bersesuian dengan aktiviti, kalau nak efek glamour boleh pilih tudung bawal dari satin.
#2 MUDAH DIGAYAKAN

Sekarang nak lilit macam selendang, tudung bawal pun boleh. Tapi jika anda tak suka terlilit sampai terjerut, gantikan sahaja tudung bawal polos anda dengan tudung bawal bercorak atau berbatu manik / mutiara. Lebih menarik lagi anda boleh kenakan warna tudung bawal anda dengan anak tudung didalam. Jadilah tidaklah bosan asyik warna hitam sahaja anak tudung. Pakai tudung bawal ini tak perlu anda tengok langkah-langkah di Youtube sampai dua tiga kali. Cukup 5 minit anda dah readyuntuk pergi dating!
#3 BERI EFEK ANGGUN DAN JELITA

Kami suka tengok gaya tudung bawal dari wanita Brunei. Perasan tak mereka selalu kelihatan anggun setiap masa. Cuba lihat gambar Fazura diatas yang berhijab gaya seperti wanita Brunei. Sekali tengok, dia persis kerabat Sultan Brunei pula. Sesungguhnya tiada siapa dapat menolak fakta wanita yang mengenakan tudung bawal lebih anggun dan jelita. Setuju tak?
#4 KELIHATAN BERSEDERHANA / MODEST

Sesuai dengan wanita Melayu yang dikenali sebagai wanita yang ayu dan sopan. Persis siapa yang memakainya langsung tidak kelihatan keterlaluan atau menjolok mata. Kami suka tudung bawal sebenar sesuai sahaja dengan semua jenis bentuk muka, ia dapat membentuk muka anda menjadi bujur sirih. Tak percaya? Jom cuba sekarang..
#5 LELAKI LEBIH TERDORONG MEMILIH WANITA YANG MEMAKAI TUDUNG BAWAL

Ramai lelaki memilih wanita yang memakai tudung bawal. Alasannya? Ia lebih menarik perhatian mereka kerana pemilik wajah yang memakai tudung bawal lebih bersahaja dan tidak over. Senang cerita, lelaki suka wanita yang simple and easy going dalam hidup dan juga dalam fesyen.
airascarves.blogspot.com
Comments
Post a Comment